Berita Semasa
Taklimat Pra Pendaftaran secara atas talian sesi 1/2025
06/01/2025 Satu taklimat Pra Pendaftaran yang telah disampaikan oleh Ts. Kesavan A/L Kaniapan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) ILPBK kepada semua calon pelajar & penjaga baharu secara atas talian bagi melancarkan proses pendaftaran pelajar-pelajar baharu sesi kemasukan 1/2025.
Taklimat telah dihadiri oleh seramai 73 orang peserta. Semoga dengan maklumat yang telah disampaikan & sesi soal jawab yang telah berlangsung itu akan melancarkan lagi hari pendaftaran sebenar yang akan berlangsung pada 13 Januari 2025.