Berita Semasa

MAJLIS APRESIASI PELAJAR SESI 1/2025

Image
Image
Image
Image

TARIKH: 12 Jun 2025

MASA: 02:30 ptg

TEMPAT: Dewan BETA Kampus Bukit Katil

Majlis Apresiasi ini bertujuan untuk meraikan para pelajar yang telah menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang sesi 1/2025.

Para pelajar yang berjaya di dalam pelbagai aktiviti diberi penghargaan berupa sijil dan hadiah serta medal sebagai tanda terima kasih dari pihak kampus terhadap usaha dan kesungguhan para pelajar.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Rizza Bin Abas, Ketua Jabatan Mekanikal Dan Pengeluaran, ADTEC Kampus Bukit Katil.

Antara anugerah yang diberi kepada para pelajar adalah seperti:

1. Sijil penghargaan MPP,AJK asrama, AJK surau dan AJK sukan.

2. Hadiah pemenang-pemenang bagi acara sukan antara bahagian.

3. Hadiah bagi acara sukaneka pelajar anjuran MPP.

4. Hadiah bagi acara E-Sport.

5. Anugerah Sahsiah Kerohanian Terpuji

6. Anugerah Khas Pengarah.

7. Anugerah pelajar terbaik sesi 1/2025

8. Anugerah pemenang keseluruhan acara sukan pelajar

Bagi anugerah keseluruhan acara sukan pelajar, tempat pertama disandang oleh bidang Teknologi Elektrik. Tempat kedua dimenangi oleh bidang Teknologi Instrumen Perindustrian manakala tempat ketiga berpihak kepada bidang Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal.

Bagi anugerah pelajar pula, kategori Anugerah Sahsiah Kerohanian Terpuji disandang oleh Saudara Putra Akmal Bin Addie dan Muhammad Izzat Bin Mohammad Latif. Kedua dua mereka adalah dari bidang Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal.

Bagi Anugerah Khas Pengarah, Muhammad Aqil Bin Zamani dari bidang Teknologi Instrumen Perindustrian dinobatkan sebagai penerima anugerah bagi kategori lelaki dan bagi kategori wanita disandang oleh Saudari Nurain Balqis Binti Abd Rahman dari bidang Teknologi Polimer.

Anugerah Pelajar Terbaik bagi sesi ini disanding oleh Saudara Muhammad Danny Bin Mohd Zuhdi dari bidang Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal yang memenangi pingat emas bagi anugerah ini. Manakala pingat perak disandang oleh Saudari Puteri Nur Amylea Bt. Haizam Khan dari bidang Teknologi Polimer manakala pingat gangsa disandang oleh Saudara Amirul Asmawi Bin Abu Bakar dari bidang Teknologi Kimpalan.

Seluruh warga Kampus Bukit Katil mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua mereka yang berjaya. Anda semua terbaik.

ILP Bukit Katil Melaka tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian/kehilangan atau kerosakan akibat daripada data yang diperoleh melalui portal ini.

Dibangunkan oleh Pasukan di Bahagian Pusat Sumber Multimedia, ILP Bukit Katil Melaka.
Paparan terbaik laman web ini menggunakan pelayar Google Chrome & Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1920 x 1080 atau lebih tinggi.
Paparan video yang terbaik adalah dengan kelajuan internet yang tinggi dan stabil.
 
ILP Bukit Katil, Melaka
Lot 4345, Jalan Tun Telani, Mukim Bukit Katil, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh Melaka
75450 Malaysia
 
☎️ 06-2320600
📠 06-2329600