Berita Semasa
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ฆ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ก๐๐ง๐๐ข๐ก๐๐ ๐ง๐ฅ๐๐๐ก๐๐ก๐ ๐ช๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ: ๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฅ๐ข๐๐ข๐ง (๐ฃ๐๐ฅ-๐๐ข๐ง)




TARIKH: 27 Mei 2025 (SELASA)
MASA: 09.00 pagi โ 01.00 tengahari
TEMPAT: SJKT Ladang Serkam
PESERTA: Murid Tahap 2 SJKT Ladang Serkam
ADTEC JTM Kampus Bukit Katil, bersempena National Training Week (NTW) 2025, telah menganjurkan Kursus Asas Pemasangan Robot (PAR-BOT). Program ini dirangka khas untuk memberi pendedahan awal kepada murid tahap 2 dari SJKT Ladang Serkam.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan Asas Pemasangan Robot (PAR-BOT). Para peserta akan didedahkan dengan komponen asas robot dan cara pemasangannya, sekaligus memupuk minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
Pendedahan awal seperti ini diharapkan dapat mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar, serta memberi gambaran awal mengenai potensi kerjaya dalam bidang teknologi tinggi.
Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan Asas Pemasangan Robot (PAR-BOT) dan memperkenalkan bidang mekatronik secara interaktif. Pihak institut amat berharap agar perlaksanaan program ini berjalan lancar dan memberi manfaat yang besar kepada semua peserta yang terlibat.