Kursus Sepenuh Masa Yang Ditawarkan
Secara umumnya, program yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil Melaka bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang cekap dan berkemahiran dalam bidang Teknologi Kejuruteraan. Justeru itu, graduan kejuruteraan perlu bersikap inovatif, kreatif dan beretika tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab apabila berada di dunia pekerjaan kelak. Usaha ini adalah selari dengan cabaran wawasan 2020 yang menuntut para graduan untuk membangunkan Malaysia sebagai negara perindustrian berpendapatan tinggi serta bermoral dan beretika tinggi.
Program dijalankan antara 12 bulan hingga 30 bulan termasuk 6 bulan Latihan Sambil Bekerja (OJT) bergantung kepada kursus yang dipohon. Di antara program-program yang ditawarkan:
A08 - TEKNOLOGI KIMPALAN
A01 - TEKNOLOGI PENYENGGARAAN MEKANIKAL
B19 - TEKNOLOGI ELEKTRIK
B04 - TEKNOLOGI INTRUMEN PERINDUSTRIAN
B10 - TEKNOLOGI MEKATRONIK
E01 - TEKNOLOGI PLASTIK
*Nota: Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Sila klik pada link untuk muat turun.